Keterangan Program
Antara objektif utama bengkel ini ialah untuk memberi ruang dan peluang kepada bakat-bakat baharu atau yang sedia ada dalam bidang penulisan untuk mendekati, memahami dan mendalami lagi aspek penulisan skrip dengan lebih jelas. Bukan itu sahaja, bimbingan praktikal dan pendekatan penulisan yang betul serta dengan cara yang sistematis sebagaimana yang seharusnya diketahui oleh penulis-penulis karya kreatif akan dapat diberikan.
Peserta berpeluang membina kemahiran dalam seni penulisan dan mengolah skrip dengan teknik penceritaan yang bersesuaian untuk perfileman, penyiaran dan komunikasi korporat. Peserta juga akan diperkenalkan dengan gaya penulisan Drama TV, Dokumentari TV, Majalah TV dan Filem Korporat menerusi pemantapan
struktur penceritaan seni estetika dan retorika dalam menghasilkan karya agung. Akhirnya peserta akan dijelaskan kaitan antara penulisan skrip dan aspek produksi
skrip yang menghasilkan produk visual untuk penyiaran.